Home Berita Malaysia “Dosa Besar Ke Kalau Pakai Barang Fake?”

“Dosa Besar Ke Kalau Pakai Barang Fake?”

86 views
0

Baru baru ini kecoh tentang satu akaun Instagram yang mendedahkan ramai selebriti menggayakan barangan berjenama palsu dan bukan seorang dua yang menjadi mangsa pendedahan akaun tersebut.

Perkara ini telah menjadi perhatian ramai termasuklah beberapa orang selebriti sendiri termasuklah Sharnaaz Ahmad yang timbulkan persoalan sama ada salah atau tidak memakai barangan palsu.

Memberikan pandangan beliau di Twitter, Sharnaaz Ahmad mengakui pernah memakai baju berjenama Supreme tetapi palsu hasil pemberian peminat dan menganggap perkara itu tidak salah.

Orang ramai yang membaca kenyataan Sharnaaz Ahmad itu langsung membalas mengatakan konsepnya sama jika para peminat membeli filem atau lagu cetak rompak yang mana sering menjadi rungutan para selebriti sendiri.

Apa pandangan anda tentang isu ini? (rtky/m)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Please disable your adblock for read our content.
Refresh